Pada 23 Februari 2017 yang lalu PD Kg Morib telah di jemput oleh pihak SK Morib untuk memberi kerjasama di dalam Program NILAM yang telah di adakan oleh sekolah tersebut. Untuk itu, setelah perbincangan bersama Penyelia Zon 3 iaitu Pn Noorhasmayani serta kakitangan S19 yang lain kami telah sepakat untuk mengadakan beberapa aktiviti mengikut kategori, ruang pameran serta promosi perpustakaan.
Untuk aktiviti kami telah bahagikan kepada beberapa kategori mengikut tahap iaitu :-
Tahap 1 - Aktiviti Sains (Gunung Berapi)
Tahap 2 - Origami Burung
Tahap 3 - Teka Simpulan Bahasa
Untuk ruang pameran, kami telah meletakkan beberapa buah buku perpustakaan serta pemplate untuk pengetahuan para pelajar.
Untuk promosi perpustakaan pula, Pn Noorhasmayani telah memberi ucapan dan penerangan kepada guru-guru dan para pelajar mengenai jenis perkhidmatan dan lokasi perpustakaan yang berada di Zon 3 Selangor.
Ruang pameran yang diletakkan bersebelahan kantin sekolah
Bersama para pelajar yang melawat ke ruang pameran kami
Pn Noorhasmayani menerima cenderahati daripada pihak sekolah
Aktiviti Origami Burung
Aktiviti Teka Simpulan Bahasa
Aktiviti Sains - Gunung Berapi
Alhamdulillah segalanya telah selesai dengan jayanya dengan bantuan para guru dan para pelajar...
Terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada Pn Rima Melati selaku Guru Pusat Sumber yang memberi ruang kepada kami untuk mengadakan aktiviti seperti ini.
Terima kasih juga kepada semua kakitangan yang terlibat ...
Rajin Membaca Pasti Berjaya